Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GLC gantung tugas pengarah urusan
Diterbitkan:  Jan 23, 2017 2:59 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Sebuah syarikat berkaitan kerajaan menggantung tugas timbalan pengarah urusannya ekoran penahanan individu terbabit oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia 20 Januari lalu, syarikat itu berkata tugas individu itu sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif dan timbalan pengarah urusan diambil alih ketua pegawai operasi badan tersebut.

"Penahanan reman (timbalan pengarah urusan) tidak akan memberi sebarang kesan kepada kesahihan kontrak antara syarikat) dan kerajaan Republic of Guinea. Syarikat juga tidak menjangakan ia memberi sebarang kesan kepada projek e-pasport.

"Penahanan reman (timbalan pengarah urusan) tidak akan memberi sebarang kesan kepada perolehan dan aset bersih syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017 dan juga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018.

"Sementara itu (syarikat) akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatannya," kata kenyataan berkenaan.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama syarikat itu serta individu yang ditahan kerana belum ada pertuduhan dibuat di mahkamah.

Suapan hampir RM500,000

Suspek bergelar Datuk itu ditahan di rumahnya di Tropicana Indah, Petaling Jaya, pada 19 Januari lalu.

Turut ditahan bersama suspek berusia 58 tahun itu ialah seorang lagi lelaki yang berkhidmat sebagai pengurus jualan antarabangsa syarikat sama.

Lelaki kedua itu berusia 36 tahun.

Sehari kemudian mahkamah majistret di Putrajaya membenarkan kedua-dua mereka ditahan reman selama enam hari sehingga Rabu ini.

Tangkapan itu adalah sebahagian daripada pelaksanaan Ops Guinea oleh SPRM yang menyiasat dakwaan berlaku rasuah dan salah guan kuasa membabitkan projek e-pasport di Guinea.

Mereka didakwa meminta rasuah daripada sebuah syarikat swasta berpangkalan di luar negara swasta yang menandatangani kontrak 15 tahun dengan GLC terbabit untuk persediaan pelaksanaan kemudahan e-pasport.

Rasuah itu didakwa membabitkan matawang euro dan dolar AS bernilai hampir RM500,000. Ia dikatakan berlaku antara 2013 dan 2015.

SPRM turut membekukan beberapa akaun bernilai kira-kira RM1 juta milik Datuk terbabit, isteri serta anak lelaki mereka.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS