Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
16 Orang Asli, 2 wartawan ditangkap dalam hutan Kelantan
Diterbitkan:  Jan 24, 2017 12:05 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Seramai 16 aktivis Orang Asli, seorang wartawan dan seorang juruvideo ditahan Jabatan Perhutanan Kelantan hari ini, berkaitan pembinaan sekatan jalan untuk pembalak di hutan Gua Musang.

Dua petugas media itu daripada saluran TV Singapura Channel News Asia (CNA).

Aktivis Orang Asli Mustafa Along, 29, yang turut ditahan berkata mereka ditahan selepas pegawai jabatan itu membuka sekatan dibina.

“Semua kami 16 orang, 15 laki-laki, seorang wanita, ditahan di tepi tapak kawasan ini.

“Kami ditahan sehingga tengah hari,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Wartawan-wartawan ini pula digari. Kemudian seorang pegawai buka gari itu supaya mereka boleh tandatangan dokumen (membenarkan) rampasan peralatan mereka.

“Pada pukul 11 pagi, mereka bawa kami ke Gua Musang. Pegawai-pegawai itu terus musnahkan sekatan dan bebaskan kami pada tengah hari. Kami sekarang sedang jalan balik ke kampung.”

CNA dalam kenyataannya berkata mereka akan bekerjasama penuh dalam siasatan dijalankan.

Kenyataan Jabatan Perhutanan Kelantan pula mengesahkan mereka menjalankan serbuan semalam dan membuka sekatan itu di beberapa jalan ke kawasan hutan simpan.

Jelasnya, operasi bersepadu bersama pihak polis semalam dijalankan kerana sebahagian masyarakat Orang Asli masih “berdegil” terhadap amaran jabatan itu pada 29 November tahun lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS