Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Ibu bapa pelajar tingkatan 2 yang didakwa dipukul semasa dalam tahanan polis menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengambil tindakan terhadap pelaku terbabit.

M Paramasivan memberitahu suruhanjaya itu bahawa anaknya diserang di hadapan SMK Dato Hamzah oleh tiga pelajar lain pada 27 Julai lalu.

Berikutan itu anaknya ditahan selama lima hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

Paramasivan mendakwa anaknya dipukul dengan hos getah, dicampak di atas kerusi dan kepalanya dihantuk ke dinding pada 30 Julai.

Berikutan itu, anaknya dimasukkan ke wad selama dua malam di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Dalam aduan bertulis kepada Suhakam, Paramasivan berkata beliau telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu tetapi tiada sebarang makluman terkini daripada pihak berkuasa itu setakat ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa Suhakam menjalankan siasatan bebas dan mengambil tindakan terhadap pelaku terlibat. Beliau juga menuntut anggota berkenaan digantung sementara menunggu siasatan.

ADUN Kota Alam Shah V Ganabatirau, yang menemani ibu bapa pelajar berkenaan ke Suhakam hari ini berkata suruhanjaya itu merupakan "harapan terakhir" bagi Paramasivan mendapat keadilan.

Ganabatirau berkata perkara itu dibangkitkan di Dewan Rakyat pada 2 November tahun lalu, di mana Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketika berita ini ditulis, IPK Klang Selatan masih belum memberikan sebarang ulasan mengenai perkara itu.

Lihat Komen
ADS