Malaysiakini BERITA

Mahathir kata laporan CIA bermotif politik

Koh Jun Lin

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pendedahan dokumen laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menyebut namanya itu bermotifkan politik.

Menurut bekas perdana menteri itu laporan dibuat agensi perisikan AS berkenaan ditulis untuk memburuk-burukkan dirinya kerana beliau begitu kritikal terhadap Barat.

"Mereka serang saya sebab saya tak pernah berhenti daripada kritik mereka kalau mereka buat salah.

"Jadi mereka mesti demonise me (memburuk-burukkan saya). Benda yang buat tu, dia (cuma) tuduhlah," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada dakwaan dibuat CIA itu adalah tidak berasas, Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku itu terjadi antara 1981 hingga 1984.

"Apa yang anda bangkitkan sekarang? Bolehkah anda membetulkan apa-apa yang saya telah lakukan sebelum ini?

"Matlamatnya adalah politik. Mungkin ada seseorang mendapat manfaat daripadanya," kata beliau.

Kenyataan Dr Mahathir itu merujuk kepada laporan setebal enam halaman oleh CIA bertajuk 'The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead of Malaysia's Mahathir?' pada 5 Mac 1985.

CIA percaya ada bukti kukuh mencadangkan Kementerian Kewangan dan Bank Negara sedar wujud urus niaga mencurigakan pada Bumiputera Malaysia Finance Ltd ketika itu.

Skandal kewangan itu menyebabkan kerugian bernilai AS$1 bilion dan membawa masalah politik kepada Dr Mahathir.

Kerahsiaan dokumen itu dibatalkan minggu lalu dan dilaporkan oleh media tempatan.

[Baca berita penuh]