Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing hari ini menarik balik saman fitnah terhadap bekas Presiden MCA Ong Tee Keat yang difailkan lapan tahun lalu.

Penarikan balik saman itu dibuat di hadapan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sehari sebelum beliau dijadual menyampaikan keputusannya selepas perbicaraan penuh.

Menurut peguam Ong Chan Tse Yuen, saman itu dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

Hakim Lau juga memerintahkan Tiong membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Ong, bekas menteri pengangkutan.

Saman itu adalah berhubung artikel yang disiarkan dalam akhbar New Sunday Times pada 6 September 2009, bertajuk "Chua and Tiong in cahoots".

"Chua" dalam tajuk artikel itu merujuk kepada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Tiong asalnya memfailkan saman pada 12 Oktober 2009, dengan menamakan New Straits Times Press Bhd (NSTP), bekas Ketua Pengarang Kumpulan kumpulan Syed Nadzri Syed Harun, bekas wartawan Joseph Sipalan dan Ong sebagai defendan tetapi kemudian ahli parlimen Bintulu itu menarik balik saman terhadap NSTP, Syed Nadzri dan Sipalan.

[Baca berita penuh]