Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ku Nan yakin jalan sesak selesai 5 tahun
Diterbitkan:  Jan 31, 2017 9:38 AM
Dikemaskini: 1:41 AM

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta warga kota memberikannya sedikit masa untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau sedar perkara itu menjadi cabaran warga kota memandangkan pembangunan yang pesat membangun.

“Berilah sedikit waktu, saya yakin masalah ini akan terus berkurangan dalam tempoh lima tahun.

“Kami juga sedang lihat kaedah mengurangkan bilangan kenderaan persendirian

memasuki bandar, itulah hasrat saya,” katanya dalam wawancara bersama Bernama sempena sambutan Hari Wilayah 2017 esok.

Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata demikian ketika ditanya berkaitan perancangan kementeriannya untuk menangani isu itu.

Diminta memperhalusi usaha itu, Tengku Adnan berkata beberapa usaha sedang dijalankan, termasuk contohnya, memperkasakan sistem pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) dan MRT.

“Di Putrajaya pula bermula Mac ini, kami akan laksanakan tempoh percubaan bagi perkhidmatan bas elektrik,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS