Mengapa Mahkamah Rayuan bertindak terburu-buru dalam menentukan tarikh perbicaraan bagi membolehkan Jabatan Peguam Negara merayu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tanya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini.

Ia selepas beliau dan 10 pengundi mendapat kebenaran untuk mencabar persempadanan semula SPR awal bulan ini melibatkan kawasan yang diwakilinya.

Nurul Izzah berkata, pada kebiasaannya, Mahkamah Rayuan akan menetapkan tarikh selepas dua bulan rayuan berkenaan difailkan.

Bagaimanapun, dalam kes beliau yang didakwanya menjejaskan kawasan Lembah Pantai, rayuan Jabatan Peguam Negara telah ditetapkan pada 13 Februari ini.

"Kita tidak tahu alasan rayuan Jabatan Peguam Negara kerana rekod rayuan belum difailkan lagi. Biasanya, proses ini mengambil masa dua bulan atau lebih.

"Namun, Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh itu untuk mendengar dan mempercepatkan permohonan (Jabatan) Peguam Negara. Saya berharap tidak ada gangguan (atas badan kehakiman)," kata Nurul Izzah.

[Baca berita penuh]