Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Reman 2 bekas pegawai kanan Felda disambung 3 hari

Dua bekas pegawai kanan Felda termasuk seorang bergelar 'Datuk' disambung reman selama tiga hari bermula esok bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.

Tiga lagi individu yang direman, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman dan pembebasan individu berusia 30, 33, 38, 53, dan 57 tahun itu dibuat Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini.

Mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara 11.30 pagi dan 1.30 tengah hari pada 24 Jan lepas menerusi Op Caviar SPRM bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai US$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.

Sebelum itu, kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu lepas dengan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

- Bernama

Lihat Komen
ADS