Puluhan pemandu lori serah memo kepada KWSP
Kira-kira 20 pemandu lori berkumpul di hadapan ibu pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum mengenai dakwaan telah ditipu oleh majikan mereka berhubung isu gaji.
Mereka mendakwa bahawa pihak majikan memanipulasi penggunaan istilah tertentu berkenaan elaun-elaun yang tidak ditolak daripada caruman KWSP.
Terdapat juga aduan mengenai tidak menerima komisen, elaun serta bayaran kerja lebih masa yang sepatutnya.
"Beberapa syarikat mendasarkan komisen (ke atas para pemandu) pada harga apa yang telah diangkut atau produk-produk yang diangkut.
"Mengikut Akta KWSP, komisen adalah gaji dan caruman KWSP mesti ditolak dengan sewajarnya," menurut memorandum tersebut yang disediakan oleh jawatankuasa pemandu lori.
Jawatankuasa itu mendakwa, pihaknya telah membangkitkan isu tersebut dengan cawangan KWSP di Ipoh pada tahun lepas tetapi tiada tindakan selanjut diambil.
"Kami akan menyiasat perkara tersebut dari ibu pejabat, kami akan berjumpa majikan dan periksa rekod mereka.
"Jika terdapat isu liabiliti, kami akan mengambil tindakan yang perlu supaya majikan membayar," kata Ketua Jabatan Penguat kuasaan KWSP, Hardial Singh.

