Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Restoran nasi kandar Pelita nafi tak halal
Diterbitkan:  Jan 31, 2017 6:25 PM
Dikemaskini: 10:29 AM

Rangkaian restoran Nasi Kandar Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) hari ini menafikan dakwaan kononnya restoran itu tidak halal kerana ia dimiliki oleh penganut bukan Islam.

Dakwaan itu menjadi tular di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsup sejak minggu lepas.

Pengarah Eksekutif Pelita, Datuk D.Murugan, 47, berkata beliau kecewa dengan pihak yang memfitnah restoran berkenaan sedangkan 25 cawangannya mempunyai sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Pembabitan saya selaku bukan beragama Islam dalam perniagaan Pelita ini telah menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan.

"Sehingga ada yang mempersoalkan sama ada seorang beragama Hindu boleh berkongsi perniagaan dengan yang beragama Islam," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ekoran itu beliau telah mendapatkan penjelasan dari seorang pendakwah bebas terkenal yang menasihatinya bahawa tidak timbul isu atau masalah sekiranya orang beragama lain menjadi rakan kongsi orang beragama Islam.

Katanya, isu restoran itu tidak halal menjadi tular sejak 2012 serta berlarutan sehingga sekarang dan kemuncaknya pada minggu lepas selepas Pelita mengumumkan pembukaan cawangan baharu di Arab Saudi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS