Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Caj rawatan pergigian tak berubah
Diterbitkan:  Feb 1, 2017 10:30 PM
Dikemaskini: 2:38 PM

Tiada perubahan bayaran untuk rawatan pergigian pesakit luar warganegara Malaysia di klinik-klinik kerajaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kenyataan ini sekali gus menafikan pekeliling didakwa daripada Kementerian Kesihatan yang menyatakan caj rawatan pergigian akan naik bermula 1 Mac depan.

“Caj pesakit luar akan kekal seperti hari ini tetapi (resit) akan menunjukkan kos sebenar pesakit yang yang dibayar (tanpa subsidi),” katanya kepada Malaysiakini ketika diminta menjelaskan kenyataannya sebelum itu.

Sebagai contoh, kata Noor Hisham, caj menampal gigi akan kekal RM2 dan bukan RM55.

Noor Hisham pada November lalu mengumumkan bahawa caj wad kelas 1 dan kelas 2 di hospital awam akan naik 50 peratus (daripada RM30 kepada RM45 semalam) dan 25 peratus (daripada RM20 kepada RM25 semalam).

Wad kelas 3 pula akan kekal RM3 semalam dan pihak yang tidak mampu boleh memohon pengecualian bayaran.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS