PWDC mahu dipercepat pendaftaran pesalah seks
Ekoran perogol bersiri yang menyerang lebih 1,000 mangsa di Kanada, yang bakal dihantar pulang, mewajarkan dipercepatkan pendaftaran pesalah seks Malaysia, kata Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC).
"Berita baru-baru ini mengenai Selva Kumar Subbiah yang bakal pulang ke Malaysia, telah menimbulkan persoalan mengenai langkah-langkah di negara ini untuk memastikan keselamatan awam terhadap kemungkinan ancaman oleh pesalah seks.
"PWDC ingin menggesa kerajaan persekutuan Malaysia supaya mempercepatkan pendaftaran pesalah seks di luar negara Anglosphere (negara penutur bahasa Inggeris), untuk melindungi hak semua, terutamanya kanak-kanak, untuk hidup dalam persekitaran yang lebih selamat," katanya dalam satu kenyataan semalam.
PWDC menegaskan bahawa negara-negara seperti Kanada, Australia, United Kingdom dan New Zealand sudah mempunyai pendaftaran pesalah seks, yang boleh diakses oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.
Tambahnya, Amerika Syarikat merupakan satu-satunya negara yang membolehkan akses awam kepada pendaftaran pesalah seks, yang memberi maklumat mengenai individu yang berisiko tinggi.
Dalam menangani kebimbangan mengenai privasi, PWDC berkata akses kepada pendaftaran pesalah seks Malaysia boleh dihadkan kepada organisasi atau individu yang diberi kuasa, dan ini perlu dirahsiakan.
"Kerajaan Malaysia mungkin boleh mengambil dan menggunakan mana-mana model yang sesuai dengan konteks tempatan," katanya, sambil menambah bahawa ini perlu dilakukan "secepat mungkin".
Selva Kumar dijangka dihantar pulang ke Malaysia selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun.
Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar telah berjanji bahawa pihak berkuasa akan terus memantau pergerakan Selva Kumar.

