Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jabatan Perhutanan nafi bakar pondok Orang Asli
Diterbitkan:  Feb 7, 2017 9:07 AM
Dikemaskini: 1:10 AM

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menafikan agensi itu membakar pondok haram yang dibina oleh Orang Asli di sekatan laluan balak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah dalam operasi di Gua Musang semalam.

Pengarahnya Datuk Zahari Ibrahim mengakui pasukan penguat kuasa agensi itu melaksanakan operasi meroboh pondok haram yang dibina pagi semalam tetapi tidak membakar pondok sesuka hati sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata berdasarkan laporan daripada pegawai yang menjalankan operasi erkenaan, kebakaran itu berpunca daripada bara api yang ditinggalkan oleh sekumpulan Orang Asli dalam pondok yang baharu dibina mereka di kawasan ekatan pembalakan tersebut.

"Dalam operasi di HSK Balah itu memang ada kerja meroboh pondok yang dibina ecara haram. Bagaimanapun, kesan terbakar adalah berpunca daripada kesan bara pi yang ditinggalkan semalaman oleh Orang Asli yang disangkakan sudah erpadam," katanya dalam kenyataan.

Zahari berkata ketika kerja meroboh mahu dimulakan terdapat empat Orang Asli erada dalam pondok yang baharu dibina dan sebaik anggota penguat kuasa JPNK iba, mereka diarahkan meninggalkan penempatan haram terbabit.

Beliau berkata selain meroboh pondok yang baharu dibina, JPNK juga bertindak erobohkan sekatan baharu yang dibina oleh kumpulan Orang Asli di kawasan erkenaan.

Katanya operasi terbabit membabitkan tiga pasukan penguat kuasa JPNK ermasuk daripada Pejabat Hutan Gua Musang bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang, semalam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS