Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib minta tiada lagi bunga manggar, permaidani
Diterbitkan:  Feb 7, 2017 10:03 AM
Dikemaskini: 2:07 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta penganjur mana-mana program yang dihadirinya dan pemimpin kerajaan lain tidak membazir dengan menyediakan perhiasan seperti permaidani merah dan bunga manggar.

Katanya, semua perhiasan sedemikian tidak penting malah menjarakkan beliau dengan rakyat seolah-olah majlis itu mempunyai protokol rasmi dan dirinya sukar didekati.

“Kurangkanlah kesemua ini kerana saya lihat ia sebagai satu pembaziran.

“Elakkan sekiranya boleh kecuali apabila protokol rasmi diperlukan seperti program bersama tetamu dari luar negeri,” katanya menerusi catatan di Facebook, semalam.

Najib juga mahu semua pemimpin BN pegawai kanan kerajaansupaya sentiasa ingat bahawa fokus utama kerajaan adalah untuk berinteraksi degan rakyat.

Katanya, beliau tidak mahu protokol yang mengekang.

Najib turut melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada penganjur sebuah majlis yang dihadirinya di Kuala Selangor, baru-baru ini.

“Saya amat gembira apabila melihat tiada permaidani merah dan bunga manggar digunakan, sebaliknya saya disambut mesra oleh penduduk tempatan, seperti yang saya mahukan dan pernah luahkan tidak lama dahulu.

“Tahniah kepada penganjur.

“Bagi saya, kesemua perhiasan ini tidak penting dan hanya menjarakkan saya dengan rakyat, seolah-olah ada protokol dan saya sukar didekati,” katanya.

Sehubungan itu, perdana menteri berharap pendekatan sebegini dapat diteruskan dalam semua program akan datang yang melibatkannya atau pemimpin lain.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS