Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH tak tolak gangguan ‘disengajakan’ dalam SPR

Gangguan yang ‘disengajakan’ atau dengan niat tidak boleh ditolak sebagai punca kesilapan berulang dalam daftar pemilih, kata Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.

Katanya, walaupun beberapa ketidaktepatan boleh diletakkan ke atas kesilapan manusia berikutan sistem yang tidak sempurna, namun BERSIH tidak akan menolak gangguan berkenaan adalah disengajakan.

“Kami tidak menolak ia dilakukan bagi membantu parti politik tertentu pada pilihan raya kerana kecenderungan berlakunya kesilapan ini terus berulang," katanya pada satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Antara contoh kesilapan yang berulang kali berlaku itu, katanya adalah pengundi dalam keluarga yang sama didaftarkan di tempat DUN atau kerusi Parlimen yang berbeza.

Kesilapan ini telah banyak kali dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tambah beliau, namun ia tetap berterusan.

"SPR telah berulang kali mendakwa bahawa mereka telah memperbetulkan daftar pemilih tetapi pada setiap suku tahunan, pasukan pemantau BERSIH menemui kesilapan baru bersama kesilapan sedia ada.

"Ketidakcekapan SPR memberi bayangan gelap berhubung kesahihan dan keadilan dalam persempadanan semula yang sedang dijalankan ini," katanya.

Menurut Maria, daripada menyalahkan imej buruk mereka terhadap persepsi negatif, SPR harus bermula dengan menambah baik atau membaik pulih sistem mereka terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata beliau telah menghantar dua pucuk surat kepada SPR, mengenai kelemahan dalam daftar pemilih yang dikesannya.

Katanya, beliau mendapati bahawa pengundi yang tinggal dalam kawasan Parlimen Kuantan sebaliknya didaftarkan sebagai pengundi di kerusi di kawasan bersebelahan yang lain.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS