Keluarga Balamurugan tuntut bedah siasat kedua
Keluarga individu yang mati dalam tahanan polis semalam membuat laporan polis menggesa bedah siasat kedua dan siasatan bebas ke atas kematiannya.
"Laporan yang dibuat oleh saudaranya hari ini pada dasarnya mengatakan bahawa mereka tidak berpuas hati (dengan bedah siasat) dan mereka melihat tanda-tanda dipukul.
"Oleh itu mereka mahu siasatan polis yang bebas akan dilaksanakan berhubung perkara ini, untuk tindakan diambil terhadap semua pegawai polis yang terlibat dan juga bagi membenarkan bedah siasat kedua," kata peguam keluarga itu, N Surendran.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, hari ini.
S Balamurugan, 44, dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan di Balai Polis Daerah Klang Utara, semalam.
Ini berlaku walaupun majistret mengarahkan dia dibebaskan atau dihantar ke hospital selepas dibawa ke mahkamah dengan muka mengalami pendarahan yang teruk, kata peguam Balamurugan, Gerard Lazarus.
[Berita penuh menyusul]

