Pejabat etika diminta semak komen pembantu Trump
Sebuah jawatankuasa Kongres berkata pada hari Khamis bahawa ia telah memohon satu semakan sama ada penasihat kanan Rumah Putih, Kellyanne Conway telah melanggar peraturan etika dengan menggunakan kedudukannya untuk mempromosikan rangkaian produk anak perempuan Presiden Donald Trump, Ivanka.
Peraturan etika persekutuan melarang kakitangan eksekutif daripada menggunakan kedudukan mereka untuk menyokong produk atau untuk keuntungan peribadi rakan-rakan. Undang-undang ini tidak terpakai terhadap presiden.
"Pergilah beli barangan Ivanka... saya akan beli untuk diri saya hari ini," Conway memberitahu Fox News dalam satu temu bual dari White House. "Saya akan berikan satu komersil percuma di sini: Pergilah beli hari ini, semua orang."
Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan Dewan Kongres, Jason Chaffetz dari Republican berkata lewat kelmarin dalam satu kenyataan bahawa beliau telah bersetuju dengan permintaan oleh seorang ahli panel untuk meminta Pejabat Etika Kerajaan (OGE) mengkaji komen Conway dan mengesyorkan tindakan tatatertib terhadapnya jika perlu.
Chaffetz dan Elia Cummings dari Demokrat yang menganggotai jawatankuasa itu, berkata dalam surat mereka kepada pejabat etika: "kenyataan Conway dilihat telah melanggar peraturan etika persekutuan, yang melarang tindakan yang membayangkan sokongan kerajaan terhadap aktiviti peribadi orang lain."
"Dalam kes ini, terdapat cabaran tambahan, iaitu bahawa presiden, sebagai pihak berkuasa utama tatatertib bagi kakitangan White House, mempunyai konflik memandangkan kenyataan Conway berkaitan perniagaan persendirian anak perempuannya," kata mereka.
The OGE tidak memberi respons ketika diminta memberi komen. [Baca berita penuh]
- Reuters

