Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan digesa mendedahkan perjanjian konsesi bagi rancangan projek insinerator di Kepong, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming berkata, ini bagi mengelakkan kesilapan lalu yang dialami kerajaan dengan projek insinerator yang lebih kecil di Pulau Pangkor, Langkawi dan Cameron Highlands.

"(Insinerator ini) gagal pada masa lalu, dengan kos yang besar kepada kerajaan persekutuan," kata Ong dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memohon pendedahan mengenai kos unjuran projek, bayaran fee yang akan dikenakan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, syarat-syarat jaminan sisa kepada syarikat itu, panjang tempoh konsesi, petunjuk prestasi dan syarat-syarat yang mana kerajaan boleh mengambil alih projek ini jika ia gagal dilaksanakan.

"Selain itu, menteri perlu meyakinkan rakyat keperluan untuk insinerator Kepong memandangkan KL telah memulakan pemisahan sisa perbandaran yang sepatutnya mengurangkan jumlah keseluruhan sisa yang perlu dilupuskan," katanya.

Ong berkata demikian mengulas laporan bahawa tiga syarikat telah disenarai pendek untuk projek insinerator itu.

Ia adalah Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dengan kerjasama Korea Selatan Hyundai Rotem Co; Cenviro Sbd Bhd (dahulunya UEM Environment Sdn Bhd) dengan kerjasama Jepun Mitsubishi Heavy Industries Ltd; dan DRB-Hicom dengan kerjasama Malakoff Corp Bhd dan Jepun Sumitomo Corp.

The Edge melaporkan bahawa konsesi itu dijangka dinugerahkan bulan depan.

Projek insinerator di kepong dijangka merupakan projek terbesar di Malaysia.

[Baca berita penuh]