Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tumpuan terhadap rayuan kes Adnan lawan Utusan esok

Semua mata, terutama ahli politik dan pengamal media akan tertumpu terhadap pendengaran rayuan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menentang Utusan
Melayu (M) Bhd, di Mahkamah Persekutuan esok.

Mahkamah tertinggi itu akan membuat keputusan sama ada ahli-ahli politik selaku pegawai awam boleh memfailkan saman fitnah terhadap media atau individu lain.

Keputusan mengenai rayuan esok akan memberi kesan serius kepada saman ahli-ahli politik, terutamanya lima saman difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap individu dan media, serta ahli politik lain yang memfailkan saman fitnah yang sama.

Keputusan penting Mahkamah Rayuan pada 1 Mac tahun lepas dalam kes Adnan Yaakob memerintahkan ahli-ahli politik selaku pegawai awam tidak boleh menyaman media atau orang lain kerana fitnah dalam tugas rasmi mereka, menyebabkan saman itu dibatalkan.

Mahkamah Rayuan menerima pakai keputusan undang-undang dalam kes Derbyshire County Council melawan The Times Newspapers Ltd dan lain-lain yang memerintahkan pihak berkuasa tempatan tidak boleh menyaman media.

Dalam keputusan sebulat suara dalam kes Adnan, Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Idrus Harun menulis ahli politik sebagai pegawai-pegawai awam boleh dikritik, kerana amalan itu adalah penting dalam demokrasi di mana ahli-ahli politik yang terlibat boleh memberi respons kepada kritikan dengan mengadakan sidang akhbar atau pernyataan isu untuk membantah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS