Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada untuk mengundi atau tidak terhadap cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 (Bidang Kuasa Jenayah).

"Kita tunggu," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu kepada pemberita ketika ditemui selepas forum hudud anjuran NGO Angkatan Amanah Merdeka, di Rumah Kelab Persatuan ALumni Universiti Malaya hari ini.

Semasa forum itu, penasihat undang-undang UiTM Prof Shad Saleem Faruqi mengulangi bahawa pindaan yang dicadangkan adalah tidak mengikut perlembagaan kerana ia telah melanggar, antara lain, jaminan bagi kesaksamaan di bawah undang-undang dan juga terhadap kebebasan beragama.

Tengku Razaleigh sebelum ini berkata beliau akan mengundi menentang mana-mana Rang Undang-undang yang disifatkan sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Ditanya sama ada ia boleh dismpulkan bahawa beliau akan mengundi menentang rang undang-undang itu berdasarkan hujah-hujah Shad Saleem, Tengku Razaleigh berkata: "Jika anda tafsir seperti itu, saya masih belum membuat keputusan saya.."

Ahli politik veteran itu juga menegaskan bahawa Shad Saleem telah membangkitkan perkara yang sah berdasarkan latar belakang beliau sebagai pakar undang-undang perlembagaan.

"Kita dengar pandangan orang ramai yang hadir forum hari ini, mereka masih x berpuas hati.

"Berdasarkan pendapat-pendapat yang dilontarkan sebentar tadi, menunjukkan bahawa sebahagian dari apa yang sudah dibuat adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya merujuk kepada enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 2015 meluluskan pindaan yang didakwa pengkritik akan membuka jalan bagi pelaksanaan hudud dengan memperkenalkan hukuman lebih berat bagi jenayah di bawah undang-undang sivil - contohnya seperti kecurian dan rompakan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS