Bukan sesuatu yang luar biasa bagi polis menggugurkan siasatan kes jika mangsa yang terlibat tidak mahu meneruskannya, kata beberapa peguam.

Mereka memberi respons terhadap 'Mat Tere' yang dibebaskan daripada tahanan polis selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan agar lelaki itu dibebaskan selepas mengeluarkan kata-kata jelik terhadapnya.

"Tiada peruntukan undang-undang yang tepat membolehkan polis menghentikan siasatan apabila pengadu menarik balik laporan mereka. Ia terpulang kepada budi bicara polis.

"Tetapi biasanya, apabila pengadu tidak lagi ingin meneruskan kes itu atau menarik balik laporan itu, polis juga akan menghentikan siasatan dan menutup fail," kata peguam Syahredzan Johan kepada Malaysiakini hari ini.

Oleh itu, katanya, adalah "tidak luar biasa" bagi polis untuk membebaskan lelaki berusia 29 tahun itu.

Peguam lain juga bersetuju bahawa ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi polis menggugurkan siasatan jika mangsa tidak berminat untuk meneruskan perkara itu.

"Ia bukan sesuatu yang luar biasa ... ternyata bahawa laporan polis dibuat (dan) polis memulakan siasatan.

"Tetapi Tunku Ismail, yang menjadi sasaran komen, dilihat tidak tersinggung dengan komen itu, di mana polis mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perkara itu," kata peguam, Andrew Khoo.

Peguam Andy Yong juga menjelaskan bahawa terdapat kes duluan seumpama itu.

Katanya, kes pendakwaan kemungkinan lemah jika mangsa enggan memberi keterangan atau menukar pendirian semasa perbicaraan.

Jika mangsa memutuskan untuk tidak meneruskan kes, pihak berkuasa biasanya cenderung untuk menarik balik siasatan mereka, katanya.

[Baca berita penuh]