Kerajaan Amerika (AS) percaya ejen Korea Utara membunuh abang tiri pemimpin negara itu Kim Jong-un di Malaysia, kata sumber-sumber kerajaan AS semalam.

pihak berkuasa Amerika masih belum pasti bagaimana Kim Jong-nam dibunuh, demikian menurut dua sumber, yang tidak menyediakan bukti khusus yang menyokong pandangan kerajaan Amerika itu.

Satu sumber kerajaan Korea Selatan juga berkata bahawa Kim Jong-nam telah dibunuh di Malaysia. Sumber itu tidak memberikan butiran lanjut.

Kementerian Luar Korea Selatan berkata ia tidak dapat mengesahkan laporan itu dan agensi perisikan negara itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Di Washington, tidak ada reaksi segera terhadap permintaan untuk mendapat komen dari pihak pentadbiran Trump, yang berdepan cabaran sengit dariKorea Utara yang berdegil berkaitan program senjata nuklearnya dan ujian peluru berpandu balistik hujung minggu lalu.

Kim Jong-nam diketahui menghabiskan sejumlah besar masanya di luar Korea Utara dan telah bercakap secara terbuka terhadap kawalan dinasti keluarganya.

Salah satu sumber AS yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, jika disahkan sebagai satu pembunuhan, maka ia merupakan rentetan pembunuhan terbaru sejak beberapa dekad di dalam dan di luar negara itu yang bertujuan untuk menutup mulut mereka yang dianggap oleh pemimpin Korea Utara sebagai ancaman kepada kuasa mereka.

Dalam satu kenyataan, polis Malaysia berkata, lelaki yangberusia 46 itudikenal pasti berdasarkan dokumen perjalanannya sebagai Kim Chol.

Kim Jong-nam pernah ditangkap pada masa lalu menggunakan dokumen perjalanan palsu.

Sumber-sumber Amerika berkata ada kemungkinan Kim Jong-nam telah diracun. Mereka berkata tidak boleh ditolak kemungkinan pembunuh menggunakan sejenis peranti "pen beracun".

Rangkaian TV Kabel Korea Selatan, Chosun, pula melaporkan, dengan memetik pelbagai sumber kerajaan Korea Selatan, bahawa Kim telah diracun dengan jarum oleh dua wanita dipercayai operatif Korea Utara yang melarikan diri dengan teksi.

Reuters tidak dapat mengesahkan butiran tersebut. [Baca berita penuh]

- Reuters