Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS Kelantan tak akan hilang kuasa kerana isu Orang Asli

PAS yakin bahawa konflik di antara Orang Asli dan Jabatan Perhutanan Kelantan mengenai isu pembalakan di Gua Musang tidak akan menyebabkan parti itu kehilangan kuasa di negeri tersebut.

Sambil menafikan pembalakan di Kelantan menjejaskan alam sekitar, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata apa pihak kerajaan negeri juga telah berjumpa dengan sebahagian masyarakat Orang Ali bagi menerangkan tindakan mereka.

“Setakat ini kita tak bimbang dengan isu ini.

“Apa yang saya lihat ia lebih daripada persepsi yang diwujudkan setengah pihak untuk jatuhkan kerajaan negeri Kelantan dengan mengggunakan isu balak,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, berdasarkan pertemuan kerajaan negeri dengan sebahagian masyarakat Orang Ali, mereka menerima penjelasan yang diberikan dan akur apa yang dilakukan itu.

“Cuma berlaku, ada provokasi daripada pihak luar cuba cetuskan kebimbangang pihak tempatan,” katanya.

Mengulas bidasan kumpulan pendesak hak Melayu PERKASA terhadap PAS Kelantan kerana terlalu memberi fokus kepada pembalakan untuk menjana pendapatan dan bukannya cara lain, Nasrudin berkata, Datuk Ibrahim Ali dijemput untuk memberi idea.

“Bagi idealah, kalau apa kita buat ini tak betul, suruh dia bagi idea. Apa yang kita buat hari ini adalah untuk pastikan sumber di Kelantan dapat dimanfaat sebaik mungkin.

“Isu balak ini biasa bagi sebuah negeri yang sumbernya balak, yang salah sekiranya ini melebihi had yang dibenarkan, ganggu alam sekitar, dan langgar peraturan ditetapkan Jabatan Perhutanan dan sebagainya.

“Sehingga hari ini perkara ini tak berlaku di Kelatan walaupun ada tuduhan. Kalau betul mereka boleh lapor kepada SPRM,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS