Bekas 'DAP empat' tolak tawaran bercakap di forum BN
Empat wakil rakyat DAP Melaka yang keluar parti Ahad lalu, telah menolak tawaran dari Barisan Nasional (BN) untuk bercakap di sebuah forum BN.
Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron telah mempelawa beliau dan tiga ADUN berkenaan, untuk bercakap di forum BN itu.
Menurutnya Idris telah secara terbuka menjemput mereka untuk bercakap mengenai DAP, di forum BN itu "dan kami kata 'tidak' kepada beliau".
"Ini tidak masuk akal. Kami telah mengulangi bahawa kami tidak akan menyokong BN, lebih-lebih lagi Umno," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau berkata Idris semata-mata cuba untuk mengambil kesempatan daripada keadaan sekarang.
Idris turut dilaporkan dijemput mereka yang kini menjadi wakil rakyat bebas untuk menyertai BN.
Sim, bersama-sama dengan ADUN Goh Leong San (Duyong), Lim Jak Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang), keluar parti pada 12 Februari, kerana mendakwa DAP telah menyimpang daripada ideologi sosialis dan perjuangan asal untuk ' Malaysian Malaysia '.

