Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pewaris Samsung ditangkap berkaitan skandal rasuah Korea Selatan

Pewaris Samsung Lee Jae-yong ditahan pada hari Jumaat berkaitan dakwaan rasuah yang dikaitkan dengan skandal rasuah yang melanda Presiden Park Geun-hye, lapor agensi berita Yonhap.

Keputusan  Mahkamah Daerah Seoul Tengah untuk membenarkan penangkapa Lee - naib presiden syarikat elektronik gergasi itu -menjadikan dia pemimpin pertama dalam sejarah Samsung, yang ditahan atas tuduhan jenayah.

Pada bulan Januari, sebuah mahkamah menolak permintaan untuk menangkap Lee selaku bos de facto konglomerat Samsung itu, dengan berkata ia tidak melihat keperluan itu.

Tetapi pendakwa membuat permohonan kedua pada hari Selasa, dengan memfailkan pertuduhan tambahan terhadap Lee termasuk menyembunyikan hasil jenayah dan melanggar undang-undang berkaitan pemindahan aset di luar negara, lapor Yonhap.

"Rasional dan keperluan menangkap (Lee) diakui memandang kepada  pertuduhan baru dan bukti tambahan yang diperolehi," kata mahkamah pada hari Jumaat dalam satu mesej teks yang dihantar kepada wartawan.

Walaupun bapa Lee - Lee Kung-hee - secara rasmi pengerusi Samsung, tetapi keuzurannya memaksa anaknya itu memainkan peranan yang lebih penting sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Samsung dituduh membuat sumbangan berjumlah 43 bilion won (AS$36.3 juta) kepada beberapa yayasan bukan keuntungan yang dikendalikan oleh Choi Soon-sil, orang kepercayaan Park, sebagai balasan kepada sokongan presiden terhadap satu penggabungan yang kontroversi.

Penglibatan syarikat terbesar Korea Selatan itu dalam skandal Choi-Park boleh memberi kesan yang meluas.

Seorang pegawai yang tidak dinamakan di Persekutuan Majikan Korea memberitahu Yonhap bahawa "potensi wujud kekosongan kepimpinan dalam Samsung ... boleh menimbulkan beban yang besar kepada ekonomi kita yang sudah pun lembap."

[Baca berita penuh]

- dpa


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS