Setiausaha kerajaan negeri Johor, Azmi Rohani berkata, sumbangan ke dalam tabung waqaf negeri itu oleh para penjawat awam adalah secara sukarela.

"Tiada paksaan dikenakan ke atas mana-mana kakitangan kerajaan di Johor bagi menyertai skim tabungan tersebut," jelasnya dalam kenyataan.

Malah, pekeliling yang diedarkan kepada para pejawat awam jelas membuktikan bahawa penyertaan adalah secara sukarela, jelas Azmi.

"Ia sebahagian daripada usaha kerajaan Johor untuk memperkasakan institusi waqaf sebagai salah satu instrumen kebajikan dan pembangunan rakyat dan negeri," katanya lagi.

Pada 18 Januari yang lalu, Azmi mengeluarkan pekeliling penjawat awam Johor yang memaklumkan kemudahan potongan secara bulanan untuk menyumbang kepada Tabung Waqaf Rakyat Johor.

Makluman tersebut turut melibatkan kakitangan beragama Islam dan bukan Islam.

[Baca berita asal]