Polis perlu sampel DNA keluarga Jong-nam dulu
Pihak berkuasa dilapor tidak akan membenarkan mayat Kim Jong-nam dituntut sehinggalah anggotanya keluarganya memberikan sampel DNA mereka.
“Setakat ini, tiada anggota keluarga atau sahabat handai datang untuk mengenal pasti mayat itu.
“Kita perlukan sampel DAN anggota keluar untuk memastikannya sama dengan si mati.
“Korea Utara sudah memohon untuk menuntut mayat itu, tetapi sebelum itu kita kena tentukan mayat itu patut diterima oleh siapa,” kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat kepada AFP.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengesahkan lelaki yang dibunuh di lapangan terbang di Sepang itu adalah Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Jong-un.
1 pasport merah, 3 biru
Sementara itu, The Star melaporkan bahawa Hospital Putrajaya telah menyerahkan empat pasport diplomatik dan barang-barang berharga Jong-nam kepada polis Sepang.
Memetik sumber, laporan itu menyebut pasport-pasport itu – satu merah dan tiga berwarna biru – yang digunakan Jong-nam, yang sering mengembara menggunakan identiti Kim Chol.
Hospital itu juga menyerahkan wang tunai pelbagai negara dan kad kredit.
Jong-nam dibawa ke hospital itu selepas insiden sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas itu untuk bedah siasat.
[Baca berita asal]

