Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Saya akan lakukan sesuatu tidak akan dilupakan peminat’
Diterbitkan:  Feb 17, 2017 1:46 PM
Dikemaskini: 5:55 AM

ULASAN l Ramai orang bertanya kepada saya, "Tunku, apa yang menyebabkan Tunku membuat keputusan untuk bertanding menjadi Presiden FAM?"

Malah ada sesetengah menyatakan, "FAM adalah sebuah organisasi yang tidak baik, apakah yang sedang Tunku lakukan?" Jawapan saya adalah, FAM bukan sebuah organisasi yang tidak baik.

FAM adalah organisasi yang baik tetapi dikendalikan oleh orang yang salah. Semoga kita tidak pernah lupa bahawa FAM memerlukan pemimpin yang dilahirkan untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka yang akan terus berkhidmat untuk bola sepak demi rakyat.

FAM tidak memerlukan seseorang yang kelaparan untuk berkuasa dan berpura-pura berkhidmat kepada rakyat tetapi kenyataannya lebih kepada kepentingan dan keuntungan peribadi mereka sendiri.

Ini adalah organisasi yang indah tetapi ia telah dimusnahkan sama sekali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saya rasa belum masa sesuai untuk bercakap mengenai keinginan atau visi saya. Namun saya akan berkongsi dengan rakyat tidak lama lagi.

Tidak ada gunanya memberitahu orang sekarang, dan kemudian saya yang rugi kerana saya tahu banyak negeri yang akan menyokong Tan Sri Annuar Musa dengan arahan Menteri Belia dan Sukan.

Walaubagaimanapun, saya seorang yang suka mengambil tindakan kerana tindakan adalah lebih berkesan daripada sekadar berkata-kata. Saya seorang yang akan melaksanakan apa sahaja yang boleh untuk mempertingkatkan organisasi.

Perpaduan kekuatan kita

Seperti yang saya katakan bahawa anda tidak boleh menyeberangi laut hanya dengan berdiri di tepian dan merenung air. Anda perlu merenanginya.

Biar saya beritahu anda perkara ini, kegagalan tidak akan pernah mengatasi kita kerana keninginan kita untuk berjaya adalah sangat kuat.

Perpaduan adalah kekuatan kita. Apabila adanya kerja sepasukan dan kolaborasi, perkara yang menarik akan dapat dicapai.

JDT adalah bukti yang jelas tetapi anda perlu memahami bahawa JDT adalah sebuah kelab.

FAM adalah organisasi besar dengan langkah untuk mempertingkatkannya bukanlah untuk skuad kebangsaan pergi ke Piala Dunia tetapi ia perkara pertama yang perlu dilakukan untuk membersihkan rumah kita dan untuk memperbaiki struktur persatuan.

FAM dikendalikan oleh ahli-ahli gabungan. Sesetengah ahli gabungan mencintai bola sepak, sesetengah ahli gabungan pula tidak menyukai bola sepak.

Kepada mereka yang tidak sukakan bola sepak, mereka berada di sana dengan alasan yang saya tidak tahu.

Ideanya adalah agar ahli-ahli gabungan bangkit dan mula bekerja keras bermula dengan kelab mereka sendiri.

Kedua, mereka perlu kembalikan kuasa bola sepak kepada rakyat. Sekali lagi, saya akan kongsikannya dengan anda tidak lama lagi tetapi bukan sekarang. Ramai orang yang ingin tahu apa yang saya fikirkan ketika ini.

Saya tidak mahu menyatakannya kepada media, saya tidak mahu beritahu mereka apa yang saya fikirkan dan apa yang akan saya lakukan.

Tetapi ketahuilah, apa yang akan saya lakukan tidak akan dilupakan oleh peminat-peminat bola sepak Malaysia di negara ini.

Bersatu untuk cucu cicit

Saya tidak memerlukan masa yang lama untuk melakukannya. Apa sahaja yang saya lakukan, saya melakukannya untuk rakyat.

Ia bukan untuk diri saya, sebagaimana semua tahu bahawa bola sepak bukanlah periuk nasi saya.

Saya melakukannya kerana rakyat yang mahukan saya datang, dan memperbaiki beberapa perkara.

Selain dari itu, Ayahanda saya juga mahu saya terima amanah dan mengambil kesempatan ini untuk membuat perubahan. Inilah satu-satunya sebab mengapa saya ingin melakukannya.

Saya tidak membuat keputusan untuk melakukannya kerana saya mahu, tetapi kerana takut apa akan berlaku dalam bola sepak jika ia jatuh ke tangan orang yang salah.

Jika itu berlaku, kita semua akan kembali semula seperti asal. Untuk mengubah dan merombak FAM, inilah peluang kita.

Inilah peluang kita untuk mengubah buat selama-lamanya dan kembalikan ia menjadi seperti Jepun, Thailand dan negara-negara lain yang berjaya.

Saya tidak dapat menyelesaikanya sendirian. Ini bukan perancangan individu, dan jika saya ingin melakukannya, saya lakukannya bersama rakyat. Ini adalah masa untuk kita mempertingkatkan dan menuju kehadapan bersama-sama.

Kekal bersatu dan kemudian melaksanakan idea-idea dan dasar-dasar bersama dengan tujuan yang sama bagi memajukan bola sepak negara kita.

Apabila bersatu, kita akan lakukannya dengan baik agar satu hari nanti cucu cicit kita akan melihat pencapaian kita dan akan berbangga dengan kita apabila mencapai kejayaan mengambil alih dari sebuah organisasi yang telah berkuasa sejak 30 tahun lalu.

Beritahu apa saja

Biarlah kita sentiasa diingat sebagai penyelamat bola sepak Malaysia.

Saya akan datang ke Kuala Lumpur untuk mewakili Ayahanda saya dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Saya ingin mengambil kesempatan ini menjemput semua peminat bola sepak di seluruh negara datang berjumpa dengan saya dan bertanya apa sahaja yang anda mahukan kepada saya.

Mereka berpeluang untuk menyuarakan kekecewaan mereka ketika ini, ataupun apa sahaja yang mereka mahukan dan saya akan memberikan pandangan saya dan jalan penyelesaiannya. Saya tidak takut untuk bertemu dengan penyokong, atau gemuruh kerana saya tahu apa yang saya lakukan.

Saya tahu apa yang akan saya lakukan dan saya sangat yakin bahawa kita akan mendapat hasilnya.

Walaubagaimanapun, saya tidak berminat untuk bercakap dengan media kerana mereka akan memutarbelitkan kata-kata saya.

Saya tidak berminat untuk bercakap dengan ahli gabungan yang tidak berminat untuk mendengar seperti yang telah saya katakan sebelum ini kerana sesetengah daripada mereka tidak mempunyai keinginan untuk meningkatkan bola sepak.

Saya hanya berminat mahu bercakap dengan orang-orang yang benar-benar mahu meningkatkan bola sepak dan saya percaya orang itu adalah penyokong. Dan saya di sini bertanggungjawab sebagai suara penyokong, mewakili penyokong tanah air untuk mengembangkan dan memajukan bola sepak.

Saya berada di sini untuk berkhidmat kepada rakyat dan ini adalah peluang untuk anda memberitahu saya apa yang anda mahukan dan saya akan lakukan yang terbaik untuk melaksanakannya.


Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim adalah Tunku Mahkota Johor dan pemilik JDT.

Artikel ini pertama kali dimuatkan di laman Facebook Johor Southern Tigers. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS