Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kajian: Anwar, Hadi pilihan pengundi Melayu di S'gor

Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempunyai pengaruh besar di negara ini dengan kajian yang dijalankan oleh badan pemikir kerajaan negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) menamakannya sebagai calon terbaik untuk menerajui negara ini.

Bagaimanapun, kaji selidik di kalangan responden Melayu pula menunjukkan bekas ketua pembangkang yang kini meringkuk di penjara itu itu hampir rapat dikejar oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Daripada 2,018 responden yang terdiri daripada pengundi berbilang kaum di Selangor, 36 peratus memilih Anwar sebagai calon terbaik untuk memimpin Malaysia ke arah menjadi sebuah negara yang dihormati.

"Ini menunjukkan sentimen melibatkan Anwar masih kukuh," kata Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Mohammad Redzuan Otham pada sidang akhbar di Shah Alam bagi mengumumkan hasil kajian itu.

"Sebelum ini, terdapat peratusan tinggi untuk (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) tetapi mungkin disebabkan oleh penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ini seolah-olah tidak lagi mempunyai momentum," katanya.

Dr Mahathir dan Hadi masing-masing mendapat 19 peratus sokongan dalam kaji selidik itu.

Responden juga diberi peluang memilih pemimpin lain seperti pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang (16 peratus), Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin (9 peratus) dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu (8 peratus) .

Apabila dipecahkan mengikut kaum, Anwar menerima 33 peratus sokongan daripada responden Melayu, manakala Hadi mendapat 32 peratus dan Mahathir 22 peratus.

Bagi sebahagian besar responden Cina, pula, pilihan mereka adalah Lim berbanding Anwar.

Walau bagaimanapun, pemimpin DAP yang lantang itu hanya mendapat sokongan satu peratus di kalangan responden Melayu.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS