Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dijadualkan hadir pada perhimpunan Akta 355 esok bukannya atas arahan atau permintaan kabinet mahupun BN, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.

"Sekiranya Jamil atau menteri kabinet lain dan anggota BN menghadiri ‘Himpunan RUU355', ia adalah atas kehendak masing-masing dan mereka tidak mewakili kerajaan persekutuan atau BN.

"Kehadiran mereka tidak boleh ditafsirkan sebagai kerajaan atau BN bersetuju dengan cadangan PAS," kata Ong, yang juga adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II.

Beliau berkata perkara itu tidak pernah dibangkitkan oleh kerajaan atau parti pemerintah.

"Saya ingin menyatakan bahawa baik Kabinet mahupun Dewan Tertinggi BN pernah membincangkan cadangan menyokong pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta, atau Akta 355," katanya.

Ong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, yang mengumumkan bahawa Jamil Khir akan hadir dalam kapasiti sebagai menteri dan ini mencerminkan sokongan kerajaan terhadap perhimpunan tersebut.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dipetik oleh Bernama hari ini sebagai mengesahkan bahawa wakil-wakil kerajaan akan hadir pada perhimpunan itu.

[Baca berita penuh]