Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Didenda RM3,500 ugut sebar foto bogel seorang wanita
Diterbitkan:  Feb 23, 2017 6:26 PM
Dikemaskini: 10:27 AM

Seorang pengawal keselamatan didenda RM3,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini, selepas mengaku bersalah memeras ugut untuk menyebarkan gambar bogel seorang wanita.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Faez Aiman Toiban, 23, selepas dia mengaku memeras ugut seorang wanita berumur 20 tahun untuk menyebarkan gambar bogel mangsa bagi mendapatkan wang RM5,000.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Jalan Genting Klang pada 6 petang 7 Februari lepas, mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun, atau denda dan sebatan.

Mengikut fakta kes, pada 7 Februari 2017, wanita itu menerima WhatsApp dari seorang lelaki yang dikenalinya iaitu tertuduh yang mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya jika pengadu tidak menyerahkan wang kepada tertuduh.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menanggung keluarganya manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kesalahan itu menjejaskan maruah pengadu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS