Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
UM siasat dakwaan pensyarah perlekeh pelajar India
Diterbitkan:  Feb 23, 2017 7:05 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Universiti Malaya (UM) telah membentuk satu panel lima anggota untuk menyiasat dakwaan seorang pensyarah memperlekehkan pelajar India, kata Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan.

"Saya segera menghubungi Naib Canselor Prof Dr Amin Jalaludin untuk mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan itu.

"Beliau sedar (dakwaan) itu dan memberi jaminan kepada saya bahawa universiti tidak merestui tindakan seumpaa itu di kalangan kakitangannya," katanya yang disiarkan di laman rasmi Facebooknya.

Kamalanathan berkata panel lima anggota itu akan berjumpa dengan semua pihak terlibat, termasuk saksi, sebelum membuat kesimpulannya.

Berikutan siasatan itu, beliau berkata Universiti Malaya akan mengeluarkan kenyataan mengenai keputusannya.

Kamalanathan mengulas sebuah posting yang tular di Facebook sejak tiga hari lalu bertajuk "Suara Pelajar India".

Pensyarah itu didakwa melarang penulis dan rakannya daripada duduk bersebelahan antara satu sama lain, dengan alasan bahawa kaum India cenderung “meniru dan memplagiat tugasan.”

Wanita itu kemudian didakwa mengarahkan kedua-dua pelajar itu tidak duduk bersama dan berkata beliau tidak akan meletakkan mereka dalam kumpulan sama untuk tugasan kerana beliau "kenal India."

"Sedang kami mahu duduk, beliau (pensyarah) tiba-tiba berkata, 'India, saya tak suka India duduk bersama-sama. Jangan bawa budaya Unitar ke sini. India duduk sama-sama lepas itu akan tiru assignment dan plagiarise. Saya kenal India.'

"Beliau kemudian berkata kepada saya,'You, baju merah, duduk depan sekarang.' Kemudian berkata kepada kawan saya 'you duduk sana'. (Profesor itu) berkata, 'Saya akan pastikan awak dan kawan awak tak akan dapat kumpulan sama untuk buat assignment. Saya tahu India macam mana’,” petik posting itu.

Penulis berkenaan mendakwa pensyarah itu kemudiannya menghina pelajar India lain di kelas tersebut.

Menurut posting itu, ini bukan kali pertama pensyarah berkenaan menghina penulis dan pelajar lain.

Beliau juga didakwa berkata mereka tidak akan boleh melengkapkan ijazah Sarjana, hanya berbekalkan dua tahun pengalaman.

"Saya tidak pernah berasa lebih terhina dalam hidup saya ini. Tidak pernah seumur hidup saya berjumpa seseorang yang mempunyai PhD yang tergamak bertindak begitu kurang ajar," kata posting itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS