Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Beri Madinah peluang, kata bekas penjawat tinggi awam
Diterbitkan:  Feb 23, 2017 8:41 PM
Dikemaskini: 1:03 PM

Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad perlu diberi peluang membuktikan beliau seorang yang mempunyai integriti walaupun suaminya memiliki fahaman politik, kata bekas setiausaha perbendaharaan negara, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Sheriff berkata adalah "tidak adil" untuk membuat kesimpulan mengenai pelantikan Madinah.

Katanya, Madinah harus diberi peluang untuk membuktikan dirinya boleh dipercayai bagi melaksanakan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih, sebagaimana dilakukan pendahulu beliau, Tan Sri Ambrin Buang.

"Pendedahan Ambrin terhadap kelemahan dalam pengurusan kewangan dan penyalahgunaan kuasa di peringkat pentadbiran dan politik menjadikan beliau salah seorang penjawat awam yang paling dihormati," kata Mohd Sheriff, yang merupakan anggota G25, kumpulan pendesak yang kebanyakannya terdiri daripada pegawai kanan Melayu.

Pelantikan Madinah membangkitkan persoalan mengenai kebebasan beliau memandangkan suaminya Datuk Rizuan Abdul Hamid adalah Ketua Umno Bahagian Kepong yang pernah mendakwa sanggup "mati" demi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia juga dikatakan bahawa Najib telah campur tangan apabila bank cuba mengisytiharkan Rizuan sebagai muflis.

Pengkritik juga menegaskan bahawa Madinah, yang sebelum ini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, tidak mempunyai pengalaman dalam bidang audit, pengurusan kewangan atau perakaunan dan oleh itu tidak layak memegang jawatan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS