Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Korea Selatan guna pembesar suara umum kematian Jong-nam
Diterbitkan:  Feb 23, 2017 9:18 PM
Dikemaskini: 1:29 PM

Korea Selatan dilapor menggunakan pembesar suara gergasi untuk 'meledakkan' berita mengenai pembunuhan Kim Jong-nam, saudara tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Korea Selatan meletakkan pembesar suara yang kuat itu di sempadan antara kedua-dua negara bagi memastikan kematian Jong-nam dapat didengar jelas, lapor AFP dengan memetik stesen TV, MBC Seoul.

"Kim Jong-nam ... meninggal dunia selepas diserang oleh dua wanita yang tidak dikenali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Malaysia," sebaran mesej dari pembesar suara itu diputarkan semula oleh stesen TV berkenaan.

"Pihak berkuasa Malaysia berkata empat suspek adalah warga Korea Utara termasuk seorang yang telah ditangkap," katanya.

Kementerian Pertahanan di Seoul bagaimanapun enggan mengesahkan laporan menerusi siaran terkini itu, dengan menyebut kebimbangan keselamatan negara.

Tentera Korea Selatan bertahun-tahun lamanya menyebarkan berita dunia, mesej propaganda dan lagu-lagu K-pop di seberang sempadan menggunakan berpuluh-puluh pembesar suara dengan menyasarkan tentera Korea Utara.

Mereka memiliki jarak yang memisahkan sekitar 10 kilometer.

Siaran propaganda itu sangat dibenci oleh Pyongyang, yang pada satu ketika mengancam untuk memusnahkan pembesar-pembesar suara berkenaan.

Korea Utara juga diketahui telah memasang beberapa pembesar suara berhampiran sempadan untuk menjalankan siaran propaganda sendiri dalam usaha menenggelamkan bunyi dari Selatan.

Media kerajaan Korea Utara berdiam diri dalam kes pembunuhan itu sehingga ia mengeluarkan kenyataan mengecam siasatan dan pembunuhan yang berlaku di Malaysia, walaupun tidak menamakan individu yang meninggal dunia.

Pada 13 Februari, Jong-nam berada di KLIA2 ketika menunggu penerbangan ke Macau, apabila seorang wanita datang dari belakang dan menekup mukanya dengan cecair dipercayai racun.

Jong-nam, yang tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari, meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan dan dikejarkan ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.

Lihat Komen
ADS