Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hukuman gantung sampai mati dua beradik ditangguhkan
Diterbitkan:  Feb 24, 2017 1:11 PM
Dikemaskini: 5:15 AM

Hukuman gantung sampai mati ke atas dua adik-beradik yang dijadualkan pada awal pagi ini atas kesalahan membunuh 12 tahun lalu, telah ditangguhkan berikutan rayuan pengampunan mereka kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Uma Mutukrisnan, adik perempuan B Rames, 45, dan B Suthar, 40, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa pelaksanaan hukuman berkenaan yang sepatutnya dijalankan pada jam 6 pagi di penjara Kajang telah ditangguhkan.

Semalam, abang dan ibunya yang berusia 70 tahun mengemukakan petisyen rayuan agar hukuman mati itu diringankan atau digantikan dengan penjara seumur hidup.

Kedua-dua mereka didapati bersalah berhubung satu kes pembunuhan di Port Dickson yang berlaku 12 tahun lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Uma berkata keluarganya telah dimaklumkan mengenai penangguhan itu oleh seorang anggota dari penjara Kajang.

Peguam yang baru dilantik mewakili adik beradik itu, M Haresh, juga menghantar petisyen kepada timbalan pengarah Penjara Kajang semalam.

Beliau hari ini berkata pihak penjara dan kerajaan negeri Negeri Sembilan telah menerima petisyen berkenaan.

Malaysiakini juga menghubungi penjara Kajang - seorang anggota penjara mengesahkan penangguhan hukuman gantung - tetapi enggan mengulas lanjut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS