Paling Popular
Terkini

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini memberitahu mahkamah, daftar pengundi tidak bersih dan sebagai bukti, arwah bapanya 'bangkit' dari kubur untuk mengundi.

"Malangnya saya tak dapat bertemu beliau," katanya menjawab soalan peguam Sivarasa Rasiah.

Memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Azmin berkata, arwah ayahnya meninggal dunia pada 1999 tetapi mendapati 'bapanya' mengundi pada pilihan raya umum 2004.

Menurut menteri besar Selangor itu, sejak bapanya meninggal dunia, ibunya tinggal bersendirian di rumahnya di Hulu Kelang.

Namun katanya ada beberapa pengundi berbangsa Cina dan India didakwa menetap di rumah ibunya seperti tertera pada daftar pengundi.

Azmin memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Anggota Parlimen Gombak itu juga mengemukakan laporan minoriti parlimen mengenai Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengakui terdapat 42,000 pengundi yang meragukan.

Kenyataan itu dibuat selepas peguam Khairy mendakwa Anwar tidak boleh dipercayai kerana sebelum ini bekas timbalan perdana menteri itu mendakwa ada 60,000 warga Bangladesh mengundi pada pilihan raya umum ke-13.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS