Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RCI lebih baik tapi Anwar sedia bantu siasatan forex

Dengan kesediaan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu pasukan petugas siasatan kerugian urus niaga mata wang asing sekitar 1990-an, beliau menyarankan supaya ia tidak dipolitikkan untuk mengalihkan isu-isu semasa termasuk skandal 1MDB.

Bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik menjadi pengerusi pasukan petugas khas itu.

Anwar memberitahu para pemberita, keutamaan beliau adalah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kerana ia akan menjadi komprehensif.

Bagaimanapun, jika kerajaan mahu meneruskan pasukan petugas itu, beliau bersedia untuk membantu.

Bukti kepada kerugian tukaran asing itu, kata Anwar, sudah ada kerana arwah bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaffar Hussein pernah memberitahu kabinet mengenai apa yang terjadi.

Jaffar meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada tahun 1998 pada usia 67 tahun.

"Kabinet juga mencadangkan pindahan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang dipersalahkan atas kerugian itu. Bagaimanapun, beliau tidak dipindahkan malah dilantik sebagai menteri kewangan kedua," jelasnya.

Tambah Anwar, meskipun begitu, Nor kini menjawat kedudukan tinggi dalam Khazanah Nasional Berhad.

Katanya lagi, bekas-bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan Tan Sri Ahmad Mohamed Don juga masih ada untuk membantu.

Anwar berharap pasukan petugas itu tidak akan digunakan untuk tujuan lain.

Ujar Anwar, ia termasuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu yang dihadapi oleh kerajaan mengenai ekonomi dan 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS