Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rumah Putih larang beberapa organisasi media hadiri sesi taklimat

Rumah Putih tidak membenarlam beberapa organisasi berita utama Amerika daripada menghadiri sesi taklimat yang diadakan oleh setiausaha akhbar Rumah Putih pada hari Jumaat, kata wakil organisasi tersebut.

Wartawan CNN, The New York Times, Politico, The Los Angeles Times dan BuzzFeed tidak dibenarkan menghadiri sesi itu yang diadakan di pejabat setiausaha akhbar Sean Spicer.

Sesi itu menggantikan taklimat berita harian yang biasa diadakan pada hari Jumaat di bilik taklimat White House. Dia tidak menyatakan mengapa organisasi media tersebut diketepikan - satu keputusan yang mengundang bantahan keras.

Reuters dibenarkan menghadiri sesi, tersebut bersama dengan kira-kira 10 organisasi berita lain, termasuk Bloomberg dan CBS.

Spicer berkata, pasukannya membuat keputusan untuk mengadakan sesi itu di pejabatnya dan bukan lagi taklimat penuh di bilik taklimat Rumah Putih yang lebih besar.

Pemberita di Associated Press dan majalah Time bertindak meninggalkan sesi itu apabila ada organisasi media yang tidak dibenarkan menghadirinya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS