Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Imbas nostalgia, Nokia 3310 kembali
Diterbitkan:  Feb 27, 2017 1:48 PM
Dikemaskini: 5:54 AM

Sebelum era telefon pintar, Nokia adalah pemain penting dalam industri telefon bimbit.

Malah, telefon model 3310 yang dikeluarkan 17 tahun lalu itu bukan sahaja menjadi kegilaan ramai, tetapi juga menjadi lambang ikonik era itu.

Sebelum pengeluarannya diberhentikan pada 2005, sebanyak 126 juta telah dikeluarkan syarikat telefon berpangkalan di Findland itu.

Bagi pihak yang mempunyai kenangan dengan telefon kecil dan comel itu, ini berita baik: Nokia 3310 telah kembali.

Versi baru, kini dengan skrin berwarna, berkamera dan storan lebih besar itu, bagaimanapun akan dijual bawah lesen HMD Global, yang turut mengeluarkan beberapa lagi telefon Nokia dengan sistem operasi Andriod.

Pengumuman Nokia 3310 hidup kembali itu dibuat di Kongres Dunia Telefon di Barcelona pada Ahad.

Seperti rupanya, tidak banyak teknologi baru diperkenalkan dalam versi 2017 ini dan hanya berfungsi sebagai telefon asas.

Bagaimanapun, baterinya kali ini tahan 22 jam – 10 kali ganda berbanding versi asal.

Ia dijangka memasuki pasaran tidak lama lagi.

Lihat Komen
ADS