Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ketua Audit Negara ahli Umno Kepong
Diterbitkan:  Feb 28, 2017 6:55 PM
Dikemaskini: 10:59 AM

Sekali lagi Ketua Audit Negar Tan Sri Dr Madinah Mohamad menjadi tumpuan hanya beberapa hari selepas pelantikannya diumum kerajaan.

Kali ini, seorang pemimpin PKR mendakwa Madinah adalah seorang anggota Umnno.

Menuntut supaya maklumat itu dinafikan, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata mengikut maklumat diterimanya, Madinah menjadi anggota Umno Kepong.

Bahagian itu kini diketuai suami Madinah, Datuk Rizuan Abdul Hamid.

Kata Fahmi berdasarkan maklumat diterimanya, Madinah didaftarkan sebagai anggota Umno cawangan Kampung Melayu Kepong.

"Saya turut difahamkan beliau telah menjadi seorang ahli Umno sejak 1989.

Saya menggesa Madinah untuk segera menafikan maklumat ini," katanya hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan pelantikan Madinah pada 20 Februari lalu bagi menggantikan Tan Sri Ambrin Buang yang tamat tempoh perkhidmatannya.

Sebelum ini Madinah ialah ketua setiausaha Kementerian.

Kata Fahmi, jika maklumat diperolehinya itu benar, nasihat Datuk Seri Najib Razak kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik Madinah tidak membantu mengukuhkan institusi demokrasi di Malaysia.

"Ini kerana jawatan Ketua Audit Negara merupakan antara jawatan terpenting dalam sistem demokrasi terutama proses semak dan imbangan pengurusan kerajaan.

"Persepsi umum adalah seorang Ketua Audit Negara bukan sahaja perlu bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian tetapi juga perlu dilihat sebagai bebas, neutral dan tidak terlibat dalam politik kepartian," katanya.

Sementara itu semakan Malaysiakini di Ibu Pejabat Umno mendapati Madinah didaftarkan di Umno Kepong.

Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang mempertahankan integriti Madinah juga didaftarkan di bahagian Umno sama.

Rizuan juga sebelum ini pernah dilaporkan berkata, beliau sedia "mati untuk Najib" pada 2015.

Sementara itu apabila dihubungi Malaysiakini pada 21 Februari lalu, Razuan memberitahu isterinya seorang wanita yang berprinsip.

"PKR tak perlu mempertikaikan integriti isteri saya. Tanyalah sesiapa saja mengenai Kementerian Pendikan. Ketua setiausaha lain pun takut," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS