Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP gesa k'jaan selamatkan Tasik Chini yang makin ‘nazak’
Diterbitkan:  Mar 3, 2017 4:11 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mahu Putrajaya untuk campur tangan bagi membantu persekitaran kawasan Tasik Chini yang semakin terjejas akibat pelbagai kegiatan tidak terkawal.

Ini kerana katanya, kerajaan negeri Pahang bukan sahaja tidak prihatin dan ambil peduli dengan pencemaran yang agak kronik itu tetapi tetapi telah "lepas tangan dan membiarkannya terus berlaku".

“Saya menyeru kerajaan pusat yang nampaknya menunjukkan sedikit kekhuatiran berbuat sesuatu agar pemulihan dapat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terletak di Pahang, Tasik Chini mengambil kira-kira satu setengah jam perjalanan dari Kuantan.
Ia adalah tasik air tawar semula jadi kedua terbesar di Malaysia.

Fuziah mengulas laporan Harian Metro yang memaparkan kemusnahan alam sekitar di Tasik Chini.

Beliau berkata Tasik Chini semakin ‘nazak’ akibat pelbagai kegiatan tidak terkawal di sekelilingnya, seperti kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan.

“Masalah Tasik Chini sudah berlarutan selama hampir 10 tahun, keadaannya semakin bertambah teruk dan sekarang ini diibaratkan seperti tasik yang mati.

“Berdasarkan maklumat yang saya peroleh dari Orang Asli di sana, ikan-ikan pun sudah tidak boleh dimakan,” katanya.

Pada awal tahun 2016, masyarakat Orang Asli di Tasik Chini melahirkan kebimbangan bahawa telaga mereka tercemar daripada aktiviti perlombongan besi.

Laporan Harian Metro memetik Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof Datuk Seri Dr Mushrifah Idris sebagai mengesahkan kegiatan penerokaan itu menyebabkan air tasik menjadi keruh serta memberi kesan kepada hidupan lain, terutama tumbuhan teratai.

Tasik kedua terbesar negara selepas Tasik Bera itu berada dalam situasi tercemar apabila saiznya mula mengecil serta menunggu masa menjadi kering jika pemendapan di dasar tasik terus berlaku.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS