Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno masih kuat, Nazri sangkal kaji selidik Rafizi

Walaupun kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) yang diasaskan anggota Parlimen PKR, Rafizi Ramli mendapati Umno pada masa ini hanya mendapat purata 40 peratus sokongan Melayu, pemimpin Umno berfikir sebaliknya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya bahawa Umno masih parti yang paling kuat berbanding parti-parti politik lain di negara ini.

Tidak bimbang tentang sokongan orang Melayu terhadapnya di kawasan Padang Rengas, Nazri menegaskan bahawa sokongan orang Melayu kepada beliau "sangat tinggi".

Mengulas mengenai kaji selidik itu, Nazri meragui kebolehpercayaan terhadapnya kerana beliau percaya bahawa semua pengundi Melayu dalam senarai mengundi perlu ditemuduga untuk keputusan yang tepat.

"Mereka mungkin, secara rawak, bercakap kepada beberapa orang Melayu yang tidak semestinya pengundi di kawasan itu dan kemudian 60 peratus daripada mereka yang mereka temuramah adalah anggota pembangkang.

"Jadi itulah bagaimana mereka mendapat angka 40 peratus," kata Nazri kepada Malaysiakini.

Nazri menambah bahawa beliau juga tidak percaya indeks rasuah oleh Transparency International.

"Saya tidak percaya, ia tidak boleh dipercayai. Ia tiada bukti penuh secara saintifik,"katanya.

Dan sebagai manusia, Nazri menegaskan bagaimana mereka yang menjalankan kaji selidik memiliki kecenderungan mereka sendiri.

"Bagi saya orang yang menjalankan kajian ini, keutamaan mereka adalah pembangkang, ia agak jelas," katanya.

Daripada "membuang masa dan usaha" kaji selidik itu, Nazri berkata apa yang diperlukan adalah menghadapi pilihan raya.

"Kita telah melihat bagaimana kaji selidik di Amerika terbukti palsu. (Presiden Amerika Syarikat, Donald) Trump buktikan ia palsu, dengan kemenangannya,"katanya.

Menggesa Umno untuk tidak membuang masa kepada kaji selidik, Nazri berkata anggota dan pemimpin parti itu sebaliknya perlu bekerja keras di peringkat akar umbi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS