Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tentera temui mayat rakyat Jerman yang dipenggal
Diterbitkan:  Mar 6, 2017 1:48 PM
Dikemaskini: 5:50 AM

GLOBAL l Tentera Filipina berkata pihaknya telah menemukan mayat rakyat Jerman yang dibunuh ketika menjadi tahanan kumpulan militan Abu Sayyaf, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Komander Pasukan Petugas Bersama Tentera Sulu Kolonel Cirilito Sobejana berkata, mayat Juergen Gustave Kantner ditemukan pada petang Sabtu di sebuah perkampungan terpencil di bandar Indanan, wilayah Sulu.

Pada 27 Febuari kerajaan mengesahkan Kantner dipenggal selepas tuntutan sebanyak US$598,000 kumpulan itu tidak ditunaikan.

Pada November tahun lepas kapal layar Kantner diserang dan rakan wanitanya turut dibunuh.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS