Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib terperanjat Raja Saudi sudi swafoto bersama
Diterbitkan:  Mar 7, 2017 12:36 PM
Dikemaskini: 4:38 AM

Datuk Seri Najib Razak menjelaskan beliau sengaja mencuba nasib apabila meminta swafoto bersama Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dalam lawatannya ke Malaysia baru-baru ini.

“Saya hanya mencuba nasib apabila memohon Raja Salman untuk mengambil swafoto. Saya terperanjat dan amat gembira apabila baginda berkenan memenuhi permintaan saya itu.

“Saya merakamkan swafoto itu sambil berkata kepada diri sendiri bahawa ini adalah peluang untuk menonjolkan Raja Salman dari sudut baharu dan oleh kerana baginda adalah seorang insan yang sangat baik, saya ingin menonjolkan sisi kemanusiaan yang terdapat pada diri baginda.

“(Ia) suatu aspek yang tidak terzahir dengan jelas, lebih-lebih lagi apabila kita perlu mematuhi protokol dan perkara lain yang sudah menjadi kebiasaan,” katanya dalam wawancara bersama Utusan Malaysia.

Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai foto swafotonya yang tular di media sosial.

Jelasnya, beliau turut mengambil risiko memuat naik foto itu di media sosial yang akhirnya mendapat tumpuan dari kedua-dua negara.

“Saya sebenarnya mengambil risiko apabila memuat naik dalam akaun Twitter.

“Tetapi, gambar itu menyebabkan Malaysia dan Arab Saudi mendapat tumpuan luar biasa dan kedua-dua pihak sungguh gembira,” beliau dipetik sebagai berkata.

Minggu lalu Najib memuat naik gambar foto bersama Raja Salman di Twitter dalam sebuah kenderaan.

Ia bukanlah kali pertama perdana menteri melakukan swafoto dengan tokoh terkenal dunia.

Sebelum ini beliau juga pernah melakukan aksi sama dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; presiden ke-44 Amerika Syarikat, Barack Obama; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan; presiden ke-24 Perancis, Francois Hollande dan penyanyi terkenal, Usher.

Lihat Komen
ADS