54% penjawat awam rasuah berumur bawah 40 tahun
Diterbitkan: Mar 8, 2017 2:45 PM | Dikemas kini: Mar 8, 2017 4:21 PM
Seramai 54 peratus penjawat awam yang disabitkan bersalah atas kesalahan rasuah berumur bawah 40 tahun, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan ketua pesuruhjaya (pencegahan) Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata golongan muda lebih mudah terpengaruh dengan amalan itu susulan tuntutan gaya hidup.
“Kita ada kes pegawai kerajaan junior dan kerani mampu beli iPhone model terkini dan pandu kereta mahal,” beliau dipetik sebagai berkata.
Dalam forum di Putrajaya, Shamsun Baharin juga berkata gaya hidup golongan itu tidak sepadan dengan gaji yang diterimanya.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.