Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemaju projek infrastruktur mega, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat Banting ke Taiping, West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menafikan dakwaan syarikatnya menceroboh Tanah Perkuburan Hindu di Bukit Raja, Selangor.

Sebaliknya, pihak pengurusan WCE mendakwa telah sedaya upaya memastikan tanah perkuburan terbabit tidak terjejas sepanjang pembinaan lebuhraya itu berjalan.

"Pembinaan lebuh raya oleh WCE tidak pernah menceroboh Ladang Perkuburan Bukit Raja.

"WCE telah pergi ke sedaya upaya untuk memastikan bahawa tanah perkuburan tidak terjejas," kata pengurusan WCE melalui emel kepada Malaysiakini.

Penduduk Mutiara Bukit Raja, Klang semalam mendakwa lebih 50 kubur Hindu di kawasan mereka terjejas akibat projek pembangunan di kawasan itu.

Pemimpin masyarakat di situ Kamaravel Suprayan mendakwa kubur di Tanah Perkuburan Ladang Bukit Raja (Boon Hean) itu juga diceroboh dan hanya disedari waris minggu lalu apabila batu nisannya dicabut.

Mengulas lanjut, WCE berkata tidak timbul soal kubur terjejas mahupun mayat dikeluarkan kerana pihaknya terlebih dahulu telah melakukan pemeriksaan ke atas tapak projek.

"Pemeriksaan menyeluruh di tapak pembinaan juga telah dijalankan oleh jurutera kami sebelum memulakan kerja untuk memastikan kubur tidak terjejas.

"Oleh kerana tidak ada kubur terjejas, isu jenazah dikeluarkan tidak timbul," jelas WCE.

Lihat Komen
ADS