Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Persempadanan semula tanpa Selangor tak sah
Diterbitkan:  Mar 9, 2017 12:25 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya mencabuli Perlembagaan Persekutuan apabila melakukan persempadanan semula tanpa membabitkan Selangor, kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming.

SPR semalam menerbitkan notis untuk mengumumkan paparan pusingan kedua permulaan rasmi untuk menjalankan persempadanan semula 2016.

Notis itu tidak termasuk Selangor kerana kerajaan negeri mencabar proses persempadanan semula itu di Mahkamah Tinggi.

Ong berkata Perkara 113 (6) Perlembagaan Persekutuan menyatakan persempadanan semula adalah bagi "negeri Tanah Melayu dan bagi setiap negeri-negeri Sabah dan Sarawak".

"Langkah itu dipersoalkan dan kemungkinan besar, tidak sah dari segi perlembagaan ...

"(Persempadanan semula) bagi negeri-negeri di Malaya tidak boleh dibentangkan di Parlimen tanpa memasukkan Selangor," kata Ong dalam satu kenyataan.

Beliau berkata keputusan itu menjejaskan keberkecualian SPR, kerana ia menunjukkan suruhanjaya itu cuba dengan tergesa-gesa melakukan proses persempadanan semula.

Ini bertentangan dengan amalan, yang mennyatakan bahawa SPR perlu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi sebelum mengambil langkah seterusnya, katanya.

"Sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada kerajaan negeri Selangor, SPR tidak boleh meneruskan inkuiri awam di Selangor.

"SPR akan terpaksa merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan dan mungkin hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan keputusan yang menggalakkan.

"Ini akan melambatkan SPR dari membentangkan persempadanan semula yang lengkap bagi Semenanjung Malaysia kepada perdana menteri untuk kelulusan parlimen," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS