Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Amerika puji cara Malaysia tangani kes Jong-nam
Diterbitkan:  Mar 9, 2017 4:11 PM
Dikemaskini: 12:27 PM

Amerika Syarikat melahirkan rasa hormat dan kagum terhadap profesional pihak berkuasa undang-undang Malaysia dalam menangani kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Penolong setiausaha negara untuk hal ehwal Pasifik dan Asia Timur negara itu Daniel Russel berkata siasatan kes itu dibuat dengan pantas, profesional dan canggih.

“Penggunaan kawasan sesebuah negara untuk tujuan pembunuhan – untuk tujuan pembunuhan politik – adalah perbuatan tercela dan saya simpati dengan Malaysia dalam hal ini,” kata Russel.

Dalam kenyataan hari ini, Russel berkata walaupun ketegangan diplomatik Malaysia-Korea Utara amat dikesali, beliau memahami tindakan Malaysia mengusir duta negara oreantasi perang itu.

Beliau mempertahankan tindakan itu sebagai hanya menggunakan hak-hak dalam Konvensyen Vienna.

Kelmarin, Korea Utara melarang rakyat Malaysia keluar daripada negara itu. Malaysia kemudian mengumumkan tindakan sama kepada rakyat republik itu di negara ini.

Najib juga mengutuk tindakan Korea Utara menjadikan 11 rakyat Malaysia sebagai tebusan.

Ketegangan bermula apabila Korea Utara tidak berpuas hati dengan siasatan Malaysia terhadap pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertingginya Jong-un di Sepang bulan lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS