Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Lebih 70 ribu belajar di sekolah antarabangsa Inggeris
Diterbitkan:  Mar 10, 2017 5:07 PM
Dikemaskini: 9:12 AM

Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, Malaysia mempunyai bilangan paling ramai pelajar yang menuntut di sekolah antarabangsa yang berbahasa penghantar Inggeris, menurut laporan terbitan International School Consultancy (ISC).

Menurut kajian ISC, Malaysia mempunyai 71,589 pelajar yang berdaftar di pelbagai sekolah antarabangsa Inggeris.

Malaysia mendahului Thailand (64,928 pelajar), Indonesia (57,402 pelajar), Vietnam (40,003 pelajar) walaupun jumlah penduduknya kurang separuh daripada negara-negara berkenaan.

Malaysia mempunyai jumlah penduduk seramai 30 juta manakala Thailand, Indonesia dan Vietnam masing-masing mempunyai penduduk seramai 67 juta, 250 juta dan 90 juta.

Negara lain dengan jumlah besar pelajar di sekolah berkenaan termasuk Singapura (63,789 pelajar), Kemboja (26,188 pelajar), Filipina (24,355 pelajar), Myanmar (13,179 pelajar), Brunei (6,255 pelajar) dan Laos (3,374 pelajar).

Data ini dikeluarkan menjelang Forum Pendidikan Sekolah Persendirian Antarabangsa (IPSEF) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dari 22 hingga 24 Mac.

The data was released ahead of the International Private Schools Education Forum (IPSEF) which will take place in Kuala Lumpur from March 22 to 24.

Dari segi bilangan sekolah antarabangsa berbahasa penghantar bahasa Inggeris, Indonesia mendahului senarai dengan 190 sekolah, diikuti oleh Thailand sebanyak 181 sekolah dan Malaysia dengan jumlah 170 sekolah.

Negara-negara lain dengan bilangan besar sekolah antarabangsa itu adalah Kemboja (114 sekolah), Vietnam (111 sekolah), Singapura (110 sekolah) dan Filipina (61 sekolah).

Myanmar mempunyai 46 buah sekolah dan ini diikuti oleh Loas dengan sembilan dan Brunei lapan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS