Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
BERSIH: Mandeep tak akan dipecat kerana bidas pembangkang
Diterbitkan:  Mar 10, 2017 5:40 PM
Dikemaskini: 10:00 AM

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata bahawa anggota sekretariat badan pemantau pilihan raya itu, Mandeep Singh Karpall tidak akan dipecat kerana menulis artikel yang membidas pembangkang.

Artikel ini menyaksikan Maria dihujani mesej di media sosial mengkritik Mandeep dan menggesa beliau untuk memecatnya.

"Itu tidak akan berlaku. Apa yang Mandeep tulis itu adalah pandangan peribadinya. Beliau berhak untuk meluahkan pendapat peribadinya.

“Ia tidak mencerminkan pandangan BERSIH dan bukan kenyataan akhbar kami.

"Saya tidak tahu mengapa begitu ramai yang melenting," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sumber biasa dengan perkara itu memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa mesej menggesa Mandeep dipecat beredar di media sosial.

"Adalah menyedihkan bahawa terdapat mereka yang tidak boleh menerima pandangan yang mencabar pendirian mereka. Ini adalah orang sama yang kononnya memperjuangkan kebebasan bersuara dan sebagainya.

"Mandeep banyak berkorban untuk negara ini, beliau beberapa kali pernah ditangkap kerana mempertahankan apa yang dipercayainya. Tetapi sekarang, beliau dilabel pelbagai nama dan ada pula yang mahu beliau dipecat daripada BERSIH. Sungguh menyedihkan.

"Orang ini tidak tidak sedar dengan bertindak balas sedemikian, ini hanya mengukuhkan terus perkara yang dibangkitkan oleh Mandeep dalam artikelnya," kata sumber yang enggan namanya disiarkan itu.

Menurut sumber itu lagi, terdapat beberapa Ahli Parlimen Pakatan Haparan yang bersetuju dengan pandangan Mandeep dan mengakui keadaan semasa pembangkang.

Dalam artikel Mandeep yang diterbitkan dua hari lalu, beliau membidas pembangkang yang gagal bersatu dan tanpa kepimpinan yang jelas.

Beliau juga menyatakan dengan jelas bahawa pandangan yang dikemukakan itutidak mencerminkan pendirian BERSIH tetapi adalah pendapat peribadinya.

Lihat Komen
ADS